Dr Maszlee Mahu Bubarkan MPP Dan JHEP Politeknik




KHAMIS, 18 OKTOBER 2018 - PUTRAJAYA, Dr Maszlee Malik, yang dinamakan sebagai Menteri Pendidikan dalam Kabinet baru Pakatan Harapan, pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, bertekad membubarkan sistem jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) yang sedia ada dan digantikan kepada Students' Union dalam pentadbiran Politeknik Malaysia.
Students' Union adalah satu jawatankuasa pelajar yang hampir sama peranannya seperti MPP, tetapi lebih besar skop kerja dan jaringan kuasanya berbandingkan MPP kerana MPP merupakan badan perwakilan pelajar yang hanya bergerak sebagai pelaksana dan pemangkin suara mahasiswa dengan berpandukan rujukan dan pemantauan dari pihak JHEP, berbeza pula dengan Students' Union yang merupakan badan perwakilan pelajar yang dilepaskan untuk bergerak dengan sendirinya tanpa pemantauan dan rujukan dari JHEP malah Students' Union akan memainkan peranan menjalankan tugas-tugasan pihak JHEP atau erti kata lain:

MPP + JHEP = Students' Union.
Tidak dinafikan bahawa telah ada Universiti Awam di Malaysia yang bertaraf Klaster seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah mula menggunakan sistem Students' Union kerana ianya bersesuaian dengan UUM yang tidak mempunyai JHEP malah memiliki fasiliti serta bilangan bangunan yang membolehkan UUM untuk menampung kapasiti kemasukan pelajar yang sungguh ramai pada setiap tahun.
Dalam proses merialisasikan misi Kerajaan Malaysia untuk melahirkan lebih ramai Graduan TVET Revolusi Industri 4.0, Dr Maszlee Malik berpandangan bahawa Politeknik Malaysia perlu turut mengguna pakai sistem Students' Union seperti mana Universiti Awam yang lain telah gunakan kerana beliau berpendapat bahawa langkah ini amat bersesuaian memandangkan kini banyak Politeknik Malaysia yang telah dinaik taraf khususnya Politeknik Premier yang kini telah menawarkan kursus Sarjana Muda berkelulusan MQA sama tarafnya seperti Universiti Awam yang bertaraf Klaster. Politeknik kini hanya tinggal nama sahaja kerana tarafnya kini sudah tiada bezanya seperti Universiti.
Namun disebalik kegemilangan dan kemajuan Politeknik, muncul pula persoalan, berdasarkan fasiliti serta bilangan bangunan dalam kebanyakan politeknik yang agak kecil bilangannya jika dibandingkan dengan Universiti Awam di Malaysia, adakah Politeknik benar-benar sesuai dan mampu untuk menggunakan sistem Students' Union?
Sebelum mengetahui jawapan terhadap persoalan diatas, ketahuilah terdapat beberapa KEBAIKAN dan KEBURUKAN menggantikan sistem jawatankuasa MPP dan JHEP kepada Students' Union terhadap Politeknik Malaysia.
Terdapat beberapa kebaikan menggantikan sistem jawatankuasa MPP dan JHEP kepada Students' Union terhadap Politeknik Malaysia, antaranya adalah para pelajar atau mahasiswa berpeluang merasai sendiri pengalaman bernaung dalam bidang pengurusan sebenar yang merangkumi kesemua 4 aspek utama dalam misi pengurusan untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi iaitu merancang, menganjur, mengarah dan mengawal yang mana tugasan ini sepatutnya dijalankan oleh JHEP sepenuhnya. Melalui pengalaman ini, ianya dapat dijadikan sebagai kelebihan buat mahasiswa setelah bergelar graduan ketika menghadiri temuduga kerjaya mahupun untuk membuka syarikat perniagaan sendiri kerana mereka telah didedahkan dengan pengurusan yang menyeluruh dari awal proses mencari dana peruntukan organisasi, mengatur laporan dan kertas kerja, mengadakan mesyuarat bersama pihak pentadbiran, menyediakan jadual agihan tugasan, memantau perkembangan tugasan, membuat keputusan, menganalisa dan menyelesaikan masalah atau isu berbangkit dan banyak lagi dalam usaha untuk mengetengahkan suara mahasiswa sehingga ke lapisan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui kaedah ini, Politeknik dapat melahirkan lebih ramai graduan yang cekap dalam bidang pengurusan yang menyeluruh.
Selain dapat menambah pengalaman menempatkan diri dalam dunia pengurusan yang sebenar, Politeknik Malaysia juga akan disanjung tinggi oleh mahasiswa Universiti yang lain kerana pembawakan personaliti diri mahasiswa Politeknik akan kelihatan lebih matang dari sebelumnya kerana mahasiswa akan membiasakan diri berdikari dan berfikiran kratis untuk membawa organisasi pimpinannya sendiri itu mara ke hadapan tanpa sebarang pemantauan yang ketat dari pihak pegawai atasan. Mahasiawa yang melibatkan diri dalam organisasi ini juga akan lebih cenderung untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, memiliki jati diri yang tinggi, disiplin yang mantap, berkarisma tinggi, berketerampilan kemas dan segak, serta lebih serius dan bersemangat dalam melakukan sesuatu tugasan.
Namun bagaimanapun, disebalik kebaikan, terdapat juga beberapa keburukan menggantikan sistem jawatankuasa MPP dan JHEP kepada Students' Union terhadap Politeknik Malaysia. Antaranya adalah kemerosotan Indeks Prestasi Utama (KPI) Politeknik Malaysia dari aspek pencapaian akademik kerana mahasiswa akan terlalu sibuk menguruskan tugas-tugasan pengurusan yang terlalu banyak serta perlu memikirkan cara untuk menjana pendapatan organisasi tanpa pemantauan yang berkala oleh pihak atasan akan menyebabkan mahasiswa menjadi semakin tertekan sekiranya terdapat masalah yang wujud dalam organisasi yang mungkin boleh mengundang kepada kesukaran mahasiswa untuk berikan tumpuan yang penuh terhadap pelajarannya kerana mahasiswa perlu cuba berdikari memikirkan sendiri cara untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berkemungkinan muncul "bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan".

Disamping keruntuhan dan kemerosotan akademik mahasiswa, Politeknik terpaksa menghadapi ancaman ketidak stabilan pengurusan pembangunan aktiviti pelajar dalam tempoh yang agak panjang kerana untuk membudayakan sesuatu sistem yang baru malah perubahan yang jauh ketara memerlukan masa yang sangat lama kerana kebanyakan mahasiswa Politeknik aktif dalam penglibatan jawatankuasa, kebanyakannya adalah mahasiswa diploma lebih daripada mahasiswa sarjana muda mana mahasiswa diploma rata-ratanya masih ditahap baru ingin mengenali dunia dan tidak ramai telah bersedia untuk menghadapi cabaran menguruskan sesuatu organisasi yang sangat besar dan hal ini boleh mengundang kejutan budaya yang membuatkan ramai mahasiswa Politeknik menjadi tidak aktif dan takut untuk menyertai jawatankuasa ini kerana mengkuatiri diri mereka tidak dapat beri komitmen yang baik akibat tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan pembudayaan yang baru ini.
Menurut satu keratan kenyataan yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook oleh seorang tokoh keusahawanan yang juga merupakan graduan Politeknik Malaysia iaitu Meor Fazrul Pengasas Sekolah Kucing Malaysia, beliau berpendapat bahawa terdapat kebaikan jika mahasiswa Politeknik melibatkan diri dalam jawatankuasa Students' Union namun keburukannya lebih besar jika dibandingkan dengan kebaikannya:
"Tidak dinafikan memang ada kebaikan jika Mahasiswa Politeknik melibatkan diri dalam Students' Union, salah satunya dapat memahirkan diri dalam bidang pengurusan kewangan, yang mana sangat penting dalam kehidupan kita, wang bukanlah segalanya tapi segalanya memerlukan wang untuk teruskan hidup, disamping memberi nafkah kepada keluarga, dan bagi yang minat berniaga, perlu kuasai pengurusan kewangan untuk tentukan profit and loss statement (P&L) syarikat mereka." - Meor Fazrul.
"Tetapi jika dipandang dari sudut Strategic Planning, pengurusan yang cemerlang perlu ukar baju dibadan sendiri, walaupun Politeknik telah dinaik taraf sehingga setanding dengan Universiti Awam yang lain, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk menyamakan sistem pentadbiran Politeknik dengan Universiti Awam sebabnya bangunan-bangunan Politeknik kebanyakannya hanya mampu menampung kapasiti pengambilan pelajar yang bersaiz sederhana berbanding dengan Universiti Awam yang kebanyakannya agak besar malah pelajar Luar Negara, Orang Putih, Negro, Bangla pun ada belajar sana dengan yuran yang begitu tinggi. Yuran satu lagi hal, jika Politeknik tiada JHEP, maknanya Students' Union perlu cari peruntukan sendiri, senang cerita yuran setiap semester mungkin akan menjadi mahal seperti Universiti Awam atau mungkin setiap kali ada program, akan ada kutipan wajib bayar dikenakan kepada semua pelajar. Saya amat menghormati Dr. Maszlee tetapi untuk keputusan ini, saya tidak bersetuju dengan cadangannya kerana jika dirujuk dalam Total Quality Manangement (TQM), saya tidak nampak dimana nilai Customer Satisfaction dan beliau seakan-akan menyamakan The Standing Plans dengan The Single Used Of Plans yang mana ianya jelas memiliki perbezaan yang tidak boleh diubah, saranan saya, sila lakukan penyelidikan dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan." - Meor Fazrul.

Menurut keratan kenyataan Meor Fazrul yang juga merupakan alumni Politeknik Malaysia, beliau berpendapat bahawa Students' Union tidak wajar digantikan dengan MPP atau erti kata lain menolak penubuhan Students' Union dan membubarkan JHEP dalam Politeknik. Kenyataan ini pernah dimuat naik melalui aplikasi Facebook peribadinya. Namun bagaimanapun ini hanyalah pendapat atau pandangan beliau, kerana setiap orang pasti memiliki pandangan yang berbeza dan mungkin ada yang sama, bagaimana pula dengan anda? Adakah anda bersetuju atau tidak bersetuju MPP digantikan menjadi Students' Union dan membubarkan JHEP dalam Politeknik? Kongsikan artikel ini dan bincangkan dengan rakan-rakan anda.
Sumber: https://www.facebook.com/cikgumeow/posts/2036336669759126



#drmaszlee #meorfazrul #meorfazrulgraduanpoliteknik #responmeorfazrul #politeknik #politeknikmalaysia #studentsunionvsmpp #bantah #respongraduanpoliteknikterhadapdrmaszlee #studentsunion #drmaszleevsmeorfazrul #drmaszleebubarmpp #drmaszleebubarjhep #typolova #drmaszleeubahsistempoliteknik #menteripendidikanmalaysia #cadangantidakmasukakal #studentsunionpolitenikmalaysia #mpppoliteknikmalaysia #jheppoliteknikmalaysia

Comments

  1. Cadangan Dr.Maszlee merapu.umum dekat dewan hari tu pun tak bagi org peluang nak bg cadangan

    ReplyDelete
  2. dlm youtube bukan main baik je muka..dpn dpn dalam dewan masa Dr.Maszlee umum nak bubar MPP ni, pelajar nak bangun tanya pun dia tak layan apatah lagi bagi cadangan..lps tu nak kata konon jnji nk dgr suara pelajar..Dr. Maszlee kaki kencing

    ReplyDelete
  3. Kami bantah dr maszlee yg merapu tak habis tu. lps tu bila kalah dlm bahas guna ayat sama je la. "kami akan mengkaji semula"

    ReplyDelete
  4. Apabila tokoh usahawan muda berbicara #respect #cikgumeow #lawanmaszlee #tolakmaszlee

    ReplyDelete

Post a Comment