Asal Usul Keturunan MEOR / MIOR / SYED / SYARIFAH



KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH
1. Raja = Perak, Riau, Siak dan Selangor
2. Tunku = Johor, Negeri Sembilan dan Kedah
3. Tengku / Engku / Ungku = Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu
4. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei 

KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA 

1. Teuku, Teungku = Acheh 
2. Raden = Jawa 
3. Sutan, Sidi = Minangkabau 
4. Daeng = Bugis

KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW 

1. Syed / Sayyid 
2. Syarifah / Siti 


Sebagai Contoh :- 

Perak : Seorang Syarifah berkahwin dengan orang kebanyakan maka anak yang bakal lahir akan mengunakan gelaran Meor ataupun Mior. Adapun perbezaan ejaan di antara Meor dan Mior berlainan namun hakikat sebenar maksudnya sama yakni Meor atau dalam bahasa arabnya "Mir" yang membawa maksud "Pemerintah".


Seorang Puteri Raja Perak yang berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Puteri bagi perempuan dan Putera bagi lelaki ataupun Megat yakni bagi lelaki ( Jatuh dibawah maksud Kerabat bukan Waris Negeri).

*** Maka apabila Puteri berkahwin dengan orang kebanyakkan maka secara sendirinya tiada lagi gelaran yang bakal terbit. Sebagai contoh setelah di rujuk kepada YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa ( Sejarawan, Budayawan Adat Istiadat Seri Saguntang ) dan YAM Raja Shahruzzaman ibni Almarhum Sultan Idris Shah seseorang Puteri dari Puak Megat Terawis apabila berkahwin dengan orang biasa maka anak di berikan gelaran TUN..! ianya TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU kerana Martabat Tun lebih tinggi dari Megat dan gelaran Tun merupakan martabat di bawah Gelaran Raja sebagaimana yang telah di kurniakan gelaran tersebut kepada Bendahara, secara tidak langsung adat itu telah tersasar.


Kelantan : Seorang Tengku yakni wanita barang mengawini lelaki kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Nik.


Selangor : Seorang Waris Negeri yakni Perempuan berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang akan lahir mengunakan gelaran Wan dan seandainya anak yang di perolehi perempuan dan selepas dewasa berkahwin dengan orang biasa maka tiadalah gelaran yang akan bakal di gunakan kepada anaknya kelak.

Hakikat sebenar Martabat Gelaran Keturunan mempunyai taraf dan tidak semuanya sama... Asal Gelaran Keturunan yang paling tinggi adalah SAYYID yakni Keturunan Rasulullah SAW dan seseorang yang berdarah Sayyid sebagai tanda hormat harus di panggil dengan panggilan Tuan Sayyid namun gelaran Keturunan yang Raja yang turun dari Nabi Sulaiman yakni Raja Sulaiman akan mengunakan panggilan Yang Mulia.



Kebarangkali banyak orang di luar tidak dapat menerima dan memahami mengapa beih Raja-Raja mempunyai PUSAKA yakni Kadam sebagai contoh TABAL JIN di Negeri Perak, Untuk Makluman Tabal Jin bukan bererti Manusia menabalkan Jin tapi ianya merujuk kepada Jin Memperakui Raja itu Benih dari Nabi Sulaiman AS.

Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda.

“Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (dalam kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.” (Surah sabar, ayat 13).

Disediakan TypoLova

Asal Usul nama MEOR @ MIOR    


MENCARI ASAL USUL NAMA MEOR/MIOR, Ahlan Washlan, Marhabban! Salam sejahtera.


Sejarah warisan orang Perak tidak ada yang menerangkan dari mana asal usul Meor atau mior, bukanlah berasal daripada bahasa Arab, bukan juga pada asalnya bahasa Melayu asli. Hingga hari ini masih ramai orang malah penduduk Perak sendiri tidak tahu maksud atau asal usul nama “Meor” ini wujud. Ada pihak yang berkata asal usul Meor ini datang dari keluarga Syed dan Syarifah@Siti yang bermaksud “Puan”.

Yang jadi MEOR ( anak lelaki ) dan WAN ( anak perempuan ) itu sebab anak perempuan Syed dan Syarifah iaitu Syarifah ( anak perempuan) tadi berkahwin dengan lelaki/rakyat biasa ( bangsawan + kebanyakan ). Supaya tidak nanti putus silatulrahim hubungan keluarga, maka itu yang boleh disifatkan seperti “cubit peha kiri peha kanan pun terasa juga”.

Manakala yang jadi MAZATUL ( anak perempuan ) atau PUTERI ( anak perempuan ) atau MEGAT ( anak lelaki ) bila bapak nama MEOR ini berkahwin pula dengan perempuan/orang berketurunan lain ( bangsawan + bangsawan ).

Ringkasnya SYED ( Tuan ) dikatakan datang dari Tanah Arab sebagai pedagang dan menetap di Perak, berkahwin dan bermastautin di Perak.


Ada pihak yang berkata Syed adalah guru agama yang datang atas jemputan Sultan Perak ketika sama sama membuka Perak. Mereka datang Kampar ( Pulau Sumatera ).Ketika itu, Istana Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang ( Parit ) Daerah Bota ( Brahman ). 

Keluarga Syed dikatakan dari waris keturunan Nabi yang datang dari waris keluarga Hassan dan Hussin. Mereka datang ke Tanah Melayu kerana menyelamatkan diri dari perbalahan puak di Tanah Arab ketika itu, seperti Syiah dan Muawiah .

Sementara dari teori lain, asal MEOR di adaptasi daripada adat orang orang tanah Parsi dimana anak-anak lelaki keturunan Nabi Muhammad saw iaitu AMIR / MIR / MIER / MEOR yang bermaksud "PENGUASA" atau "PEMERINTAH". Jadi setelah para Sayyid ( Syed ) tiba di Tanah Melayu dan berkahwin dengan wanita tempatan, agar hubungan kekeluargaan itu tidak terputus, maka anak dari waris lelaki meneruskan keturunan sayyid dan anak dari keturunan Sharifah dengan penduduk tempatan diberi nama MIR ini telah di sesuaikan dengan lidah tempatan hingga ianya berubah menjadi MEOR.

sumber rujukan:, Di susun oleh : team arab-families.com

Comments

Post a Comment