Gambar Respon Pengasas Sekolah Kucing Malaysia (MYCATS), Meor Fazrul Terhadap Tindakan Instafamous KingAfiqq Yang Memuat Naik Video Melalui Aplikasi Facebook LIVE sambil Mencerca Dan Menghina Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Sumber FOTO Harian Metro. |
SABTU, 8 JULAI 2017 - KULIM, Baru-baru ini kecoh satu isu tentang kes penipuan atau scam pembayaran penceramah yang melibatkan seorang instafamous iaitu KingAfiqq yang dikatakan telah menipu wang tajaan penceramah sebuah seminar usahawan dari syarikat penaja iaitu Meor Legacy.
Ameerul Afiq atau nama glamour-nya KingAfiqq yang khabarnya merupakan CEO kepada Rad.KL, sebuah syarikat kecil yang menjalankan perniagaan jualan kasut sneakers di instagram. Selain isu penipuan ini, KingAfiqq dikatakan pernah tular dengan banyak lagi isu penipuan lain seperti jual kasut sneakers copy-original tetapi diperkatakan beliau telah "claim" dan jual kasut itu dengan harga original. Kemudian, dituruti pula dengan isu serbuan LHDN, KPDNKK di kawasan kediaman KingAfiqq yang dijadikan tempat untuk menyimpan stok kasut jualannya dan ada gambaran pihak penguatkuasaan merampas longgok-longgokan stok kasut jualannya kerana disyaki kasut-kasut tersebut adalah kasut tiruan atau seludup.
Menurut video yang tular kemudian hari, sejurus isu itu telah tular di laman sosial dan keratan akhbar dalam tajuk besar JUTAWAN CIPLAK! KingAfiqq akhirnya menampilkan diri dan membuat pengakuan bahawa memang beliau telah menipu ramai pihak lalu memohon maaf atas kesalahannya itu. Dalam video tersebut juga KingAfiqq telah berjanji untuk tidak ulanginya lagi kerana telah insaf akan perbuatannya yang tidak bermoral itu. Namun persoalannya, adakah kerugian ratusan malah ribuan ringgit yang ditanggung mangsa-mangsa penipuannya sebelum ini dapat digantikan dengan hanya meminta maaf dilaman sosial?
Tidak cukup dengan penipuan sebelum ini, keinsafan KingAfiqq dan janji untuk tidak ulangi kesilapannya itu hanyalah "Janji Tinggal Janji" apabila kecoh pula satu lagi isu penipuan yang melibatkan wang bayaran jemputan untuk satu sesi perkongsian dalam sebuah seminar dinamakan sebagai #OMB! YSR yang dipercayai wang tajaan syarikat Meor Legacy.
Program seminar #OhMyBoss! Young Socialpreneurs Revolution atau nama ringkas #OMB YSR merupakan sebuah seminar pembangunan perniagaan dan pembangunan personaliti yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan Kampus (UKAS), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah. Program yang dijalankan di Dewan Kuliah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PTSB ini mendapat sokongan padu oleh beberapa orang penceramah hebat yang turut menerima undangan sesi perkongsian serta beberapa pihak syarikat luar khususnya Meor Legacy selaku penaja utama program ini. Antara penceramah yang diundang dalam program tersebut adalah KingAfiqq sendiri, Ustaz Iimran Zainal Pakar Pembangunan Bakat dan Personaliti Diri, Siti Hajjar Pengasas Nasi Lemak Anak Dara, dan juga Meor Fazrul (Cikgu Meow) Pengasas Meor Legacy dan Sekolah Kucing Malaysia (MYCATS).
Menurut saksi kejadian iaitu para pelajar PTSB yang juga merupakan urusetia dan peserta program tersebut, KingAfiqq telah menetapkan sebut harga untuk bayarannya sebagai peceramah program, lalu pihak penganjur memohon dana tajaan dari pihak Meor Legacy untuk membayar kos undangan KingAfiqq tersebut.
Meor Fazrul yang juga merupakan salah seorang penceramah undangan program ketika itu dan merupakan alumni PTSB, menerima dan meluluskan permohonan pihak penganjur untuk menaja program tersebut dan hampir seluruh kos operasi program itu juga ditaja oleh Meor Legacy termasuklah kos bayaran penceramah-penceramah undangan yang lain juga. Wang yang tajaan Meor Legacy itu kemudiannya dikreditkan ke akaun bank syarikat Rad KL seperti yang telah di tetapkan KingAfiqq.
Namun selang beberapa hari selepas persetujuan sebut harga dan transaksi pembayaran wang deposit dilakukan, isu tercetus apabila KingAfiqq yang kemudiannya menghubungi dan meminta pihak penganjur untuk menambah jumlah bayaran undangannya secara tiba-tiba, kerana dakwaannya beliau perlukan wang tambahan itu untuk menampung kos perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kulim Kedah. Proses rundingan cas tambahan tersebut dilakukan melalui aplikasi WhatsApp menerusi nombor telefon pengurusnya Encik Harith yang jelas kelihatan kurang profesional.
Pada ketika itu, isu cas tambahan KingAfiqq tersebut masih lagi terkawal dan tidak menjadi isu yang besar kerana pihak penaja masih mampu mempertimbangkan permohonan kedua pihak penganjur program itu untuk penambahan jumlah tajaan. Meor Fazrul yang merupakan pemilik syarikat penaja program beranggapan bahawa isu yang berlaku itu sebagai kesilapan kecil dan perselisihan faham dalam komunikasi antara pihak penganjur dengan pihak KingAfiqq.
Meskipun pembayaran pertama seperti yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak TELAH DILAKUKAN dan tindakan KingAfiqq diperlihatkan TIDAK PROFESIONAL kerana meminta penambahan bayarannya disaat pembayaran pertama telah dilakukan, pihak penganjur masih meneruskan pembayaran kedua tanpa sebarang rungutan terhadap pihak KingAfiqq, sehinggalah suatu hari, KingAfiqq sekali lagi menghubungi pihak penganjur menerusi aplikasi WhatsApp dan meminta untuk pihak penganjur untuk membuat PEMBAYARAN WANG TAMBAHAN BUAT KALI KETIGA dengan alasan untuk menampung kos penginapannya serta makan minum pembantu dan merangkap pengurusnya Encik Harith yang turut mengikutinya ke program itu nanti.
Meskipun pembayaran pertama seperti yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak TELAH DILAKUKAN dan tindakan KingAfiqq diperlihatkan TIDAK PROFESIONAL kerana meminta penambahan bayarannya disaat pembayaran pertama telah dilakukan, pihak penganjur masih meneruskan pembayaran kedua tanpa sebarang rungutan terhadap pihak KingAfiqq, sehinggalah suatu hari, KingAfiqq sekali lagi menghubungi pihak penganjur menerusi aplikasi WhatsApp dan meminta untuk pihak penganjur untuk membuat PEMBAYARAN WANG TAMBAHAN BUAT KALI KETIGA dengan alasan untuk menampung kos penginapannya serta makan minum pembantu dan merangkap pengurusnya Encik Harith yang turut mengikutinya ke program itu nanti.
Setelah mendapat tahu berita mengejutkan ini, pihak penganjur terus memohon peruntukan tambahan tersebut dari pihak Meor Legacy buat kali ketiga dan mendapat tentangan yang hebat oleh Meor Fazrul pemilik syarikat Meor Legacy kerana merasakan bahawa KingAfiqq seolah-olah mempermainkan kepercayaan para penganjur. Meor Fazrul terus menghubungi pengurus KingAfiqq iaitu Encik Harith untuk dan meminta agar diberi peluang berunding terus dengan KingAfiqq sendiri dan membuat mendengar penjelasan dari mulut KingAfiqq sendiri berkaitan isu pembayaran tambahan tersebut, tetapi malangnya gagal mendapatkan kerjasama dari pihak KingAfiqq sendiri. Meor Fazrul kemudiannya memutuskan untuk menuntut semula wang tajaan untuk pembayaran undangan penceramah KingAfiqq kerana menganggap KingAfiqq telah melanggar perjanjian asal pembayaran pertama dan menegaskan KingAfiqq untuk pulangkan semula semua wang yang telah dipindahkan ke akaun bank Rad.KL tetapi pihak KingAfiqq enggan memulangkan wang tersebut, malah KingAfiqq juga turut menghantar pesanan ringkas melalui SMS kepada nombor telefon peribadi Meor Fazrul yang berbentuk penghinaan dan merendah-rendahkan martabah warga PTSB yang kononnya seperti para pelajar PTSB memiliki minda yang tidak terbuka dan tidak tahu menghargai nilai sebuah ilmu. Berikut respon Meor Fazrul terhadap tindakan kurang matang pihak KingAfiqq itu menerusi laman sosial Facebook peribadinya:
"Kami Hanya Menuntut Hak Kami, Duit Kami, Bukan Hak Anda, Bukan Duit Anda, Tapi Ketidak Matangan Yang Dibalas, Saya Sarankan Untuk Anda Pergi Hospital Periksa Kepala, Takut Ada Kecacatan Otak Dekat Celah Mana-mana Yang Perlu Dirawat Cepat Sebelum Penyakit Jutawan Ciplak Tak Dapat Dirawat Buat Selamanya-Lamanya" - Meor Fazrul.
Isu ini menjadi semakin hangat apabila KingAfiqq yang ternampak kenyataan sinis tajam itu melalui akaun Facebook peribadi milik Meor Fazrul, yang telah mengundang perbahasan atau "perang keyboard" antara KingAfiqq dan Meor Fazrul yang kemudiannya ditambah pula bahang perbahasan dengan serangan komen oleh para pengguna Facebook yang lain dan juga para pengikut atau peminat bagi kedua-dua belah pihak "Influencer" ini. Pertelingkahan tersebut kemudiannya menjadi semakin besar dan tidak terkawal apabila KingAfiqq kemudiannya bertindak menganjurkan sebuah provokasi secara besar-besaran dan mengajak peminatnya untuk mengecam Meor Fazrul serta PTSB melalui "Facebook Live" di akaun Facebook peribadinya bernama Ameerul Afiq dengan memutar belit cerita, kononnya pihak PTSB dan Meor Fazrul berkelakuan tidak profesional dan menganiayanya dengan meminta untuk KingAfiqq pulangkan wang deposit setelah jemputannya dibatalkan secara tiba-tiba walhal sebaliknya perkara yang diwar-warkan KingAfiqq adalah tidak tepat dan ada cerita yang tergantung.
Namun sehingga kini wang tajaan tersebut masih belum dipulangkan KingAfiqq, isu tersebut kemudiannya menjadi senyap sepi kerana pihak penganjur meminta agar isu ini dibiarkan begitu sahaja dan tidak besar-besarkan lagi. Pihak penaja kemudiannya terpaksa bersetuju dengan permintaan pihak penganjur demi menjaga nama baik PTSB lalu membiarkan pihak KingAfiqq terus bebas bermaharaja "meremba" wang tajaan Meor Legacy dan menghina PTSB di laman sosial. Namun pihak penaja sempat mengeluarkan kenyataan terakhir sebelum berdiam diri tentang isu ini, katanya:
#kingafiqqtipu #jutawanciplak #kingafiqqvsmeorfazrul #meorfazrul #meorlegacy #ombacademy #ptsb #kingafiqqtipuduit #kingafiqqhinaptsb #typolova #sifuswitch #politeknik #politeknikmalaysia #ohmyboss #sitihajjar #nasilemakanakdara #iimranzainal #instafamouskingafiqq
"Jangan Layan Orang Gila, Sebab Orang Gila Tidak Sedar Apa Yang Dia Buat, Kita Yang Waras Perlu Terus Bertindak Rasional, Lama-lama Dia Diamlah, Kalau Dilayankan Sampai Kiamat Cerita Tiada Penamat" - Meor Fazrul.
Sumber: Harian Metro
Comments
Post a Comment