ISNIN, 22 OKTOBER 2018 - KUALA LUMPUR, Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dalam satu status Twitter miliknya meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap sikap pemandu teksi terhadap Tun Mahathir serta pelanggan yang terdiri daripada orang awam.
Menerusi Twitter miliknya, beliau mendakwa pemandu teksi bersikap biadab semasa perhimpunan yang berlangsung di Langkawi yang mengumpulkan ke semua pemandu baru-baru ini.
Semasa kejadian, sekumpulan pemandu teksi keluar daripada dewan semasa sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi akibat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Perdana Menteri ketika itu.
“Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadap dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir. Itu dengan Tun, sikap mereka di mana-mana lebih kurang ajar terhadap awam. Lebih baik hapuskan sahaja teksi tinggal Grab sahaja.Mereka bukan jenis manusia yg patut diberi muka. Penipu dan pemeras” Tan Sri Zainuddin Maidin.
Beliau turut menceritakan pengalaman buruknya sendiri sebelum ini berurusan dengan pemandu teksi yang mengenakan tambah lebih.
"Saya sendiri banyak kali kena overcharge. Kerajaan mesti bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa, bukan ada yang baik dan ada yang jahat. Di London 100% baik” - Tan Sri Zainuddin Maidin.
Pandangannya terhadap isu ini mendapat respon bercampur-baur daripada netizen dengan kenyataan tersebut. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersependapat.
Sumber: Siakap Keli
Comments
Post a Comment