"Apa Sebenar Yang Terjadi Pada Hari Kejadian?" - Tragedi Mesin Kisar Di Korea.



"Apa Sebenar Yang Terjadi Pada Hari Kejadian?" - Soal Rakyat Malaysia Terhadap Tragedi Seorang Lelaki Yang Tersepit Mesin Kisar Di Korea.

Menceritakan tragedi itu, Shahir, 28 tahun, berkata, rakannya Danial Arief, 21 tahun, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiba di Korea Selatan pada September lalu untuk bercuti sebelum mereka mengambil keputusan bekerja di sebuah kilang.

“Kami baru bekerja sebulan di kilang berkenaan. Isnin lalu kira-kira jam 3 petang (waktu Korea), mesin pengisar sampah tersangkut menyebabkan Danial Arief terpaksa mengorek sampah yang melekat di mesin bagi membolehkan ia beroperasi semula.

“Ketika kejadian, mesin sudah ditutup dan Danial Arief diarahkan mengorek sampah dari dalam, manakala pekerja lain sedang berusaha memperbaikinya.

“Namun tidak tahu bagaimana selepas sejam lebih, mesin berkenaan ‘berjalan’ sendiri walaupun sudah ditutup menggunakan alat kawalan jauh menyebabkan separuh badan Danial Arief dikisar dari paha hingga ke kaki,” katanya.

Katanya, menyedari kejadian itu, penyelia di kilang terus berlari dan menekan suis kecemasan untuk menghentikan mesin berkenaan sebelum menghubungi ambulan.

“Selepas ambulan tiba, bomba dan pihak hospital terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk memotong kaki Danial Arief sebelum dia berjaya dikeluarkan dan ketika itu, dia berada dalam keadaan separa sedar,” katanya.




Menurutnya, ketika ini mereka tidak mengetahui jumlah bil hospital yang perlu dibayar dan berharap rakyat Malaysia dapat memberikan sumbangan untuk meringankan beban Danial Arief dan keluarganya. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun Maybank 157090003447 atas nama Zainah Mohamad (ibu Danial Arief). 

Comments