Rakan Ditetak Sebab Tanya “Bila Nak Nikah?”

Mungkin berang kerana sering diajukan soalan bila mahu berkahwin, seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah kampung di Wawali, Sulawesi Timur bertindak menetak kepala jirannya hingga mati.



Menurut portal merdeka.com, kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu melaporkan, suspek Aswin datang ke rumah rakannya, Ari Konggingi, 47 untuk membeli minuman.

Dua sahabatnya yang berkerja sebagai petani pada awalnya berbual seperti biasa, hinggalah Ari mengajukan soalan, “Kapan mau nikah?” kepada Aswin.

Soalan tersebut membuatkan Aswin berang dan terus memarahi Ari sambil berkata, “Itu urusan peribadi aku, jangan masuk campur”.

Masih tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan, Ari mengekori rakannya itu pulang ke rumah dan bertengkar sambil suspek mengambil sebilah parang lalu menetak kepala Ari.

Jurucakap polis, Ronny memberitahu bahawa Ari meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala.

Sumber: Merdeka.com

Comments