Tokoh Masyarakat Cikgu Meow


Gambar menunjukan Meor Fazrul (Cikgu Meow) dalam rancangan Ikon TVET yang disiarkan melalui saluran televisyen TV1.


Cikgu Meow merupakan sebuah jenama peribadi atau identiti diri milik tokoh masyarakat iaitu Professional Cat Behavior Consultant (Cbr.) Doctor (Dr.) Meor Muhamad Fazrul Adly Bin Meor Fuad (Meor Fazrul). Meor Fazrul atau Cikgu Meow (CM) merupakan seorang usahawan haiwan dan pakar perunding tingkah laku kucing terkenal Malaysia. Kisah mengenai Cikgu Meow yang mampu melatih dan berkomunikasi dengan haiwan peliharaan kucing, pernah julung kalinya tersebar luas oleh pihak media Radio Televisyen Malaysia seperti Bernama News Channel, RTM, TV3, Nasional FM, Selangor FM, Dbilique dan banyak lagi. Pada mulanya beliau lebih dikenali dengan gelaran Sifu Meor Fazrul, kemudiannya Sir Meor Fazrul, seterusnya Cikgu Meor dan akhirnya Cikgu Meow yang membawa maksud Cikgu iaitu seorang pendidik atau jurulatih atau guru, manakala Meow itu sendiri membawa maksud bunyi haiwan peliharaan iaitu kucing, dan apabila disatukan perkataan Cikgu Meow maka jadilah sebuah jenama atau identiti baharu beliau yang merupakan seorang guru atau jurulatih kepada haiwan bernama kucing.

Selain jurulatih kucing, Cikgu Meow merupakan seorang pemilik dan pengerusi kumpulan syarikat Meor Legacy Established Group. Beliau yang berlatarbelakangkan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah, dan Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian dari Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor, meneruskan kerjayanya sebagai usahawan haiwan sejak beliau masih lagi berstatuskan seorang pelajar diploma pada tahun 2014 yang lalu. Apa yang menarik perhatian masyarakat tempatan adalah beliau merupakan satu-satunya anak muda Malaysia yang memiliki atau merupakan pemegang sijil profesional Cat Behavior Consultant dari International Association of Animal Behavior Consultants (IAABC), United States.

Nama Cikgu Meow mula disebut-sebut oleh masyarakat sebagai Ikon Belia dan Ikon Usahawan Muda bermula tahun 2017 hingga kini kerana telah berjaya membina nama yang cemerlang dalam dunia perniagaan dan dunia kegiatan haiwan peliharaan kucing serta pernah berkali-kali memenangi pelbagai anugerah sepanjang bergiat aktif dalam kerjayanya. Berikut adalah senarai anugerah atau pentauliahan yang pernah diperolehi Cikgu Meow:
- Most Number Of Participants In A Young Entrepreneurship Competition (885 Participants) – National Malaysia Book Of Records 2017
- Outstanding Graduate Enterprise Award – Ministry Of Higher Education Entrepreneurial Awards 2017
- Best Graduate Enterprise Award – Ministry Of Higher Education Entrepreneurial Awards 2017
- Social Enterprise Literacy For Youth (SELFY) Award (Champion) Winner 2019 – Anugerah Kolaborasi APK 2019
- Ikon Belia 2019 – Selangor FM 100.9 MHz
- Ikon KPM-Celcom Siswamall@Siswapreneur 2019
- Ikon Usahawan Alumi 2019 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
- Ikon Usahawan Alumi 2020 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
- Ikon Usahawan Muda 2020 - Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- NYPE Best Outstanding Idea Award (Service Category) Winner 2020
- NYPE Best Business Pitch Award (Third Place) Winner 2020

Comments

Post a Comment